Ringkasan Sejarah Perang Salib
Perang
Salib merupakan
satu perang yang dipengaruhi oleh isu-isu keagamaan dan politik antara agama Islam dan Kristian. Diberi
nama Perang Salib adalah kerana tentera salib yang dianggotai oleh tentera
Kristian memakai salib di tengkuk mereka semasa berperang. Misi utama
mereka(first mission) adalah untuk menawan Jerussalam ataupun lebih dikenali
sebagai Baitulmaqdis pada masa kini, daripada tangan umat Islam
keran mereka mendakwa bahawa Baitulmaqdis adalah tempat suci mereka.
Baitulmaqdis
merupakan kota suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Kristian dan
Yahudi. Di dalam kota inilah terletaknya Masjid
Al-Aqsa yang
dibangunkan oleh Nabi Sulaiman(menurut sesetengah riwayat) dan
menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah Haram di Mekah. Di zaman pemerintahan Khalifah Umar
al-Khattab r.a. Baitulmaqdis dapat direbut kembali oleh umat Islam dalam satu
penyerahan kausa secara damai. Berabad lamanya kota itu berada di bawah
pentadbiran Islam tetapi penduduknya bebas mengamalkan kepercayaan agama
masing-masing tanpa ada gangguan daripada pemerintah. Akan tetapi apabila
kerajaan Saljuk memerintah, terdapat perselisihan berkenaan agama dn politik
sehingga tercetusnya beberapa siri peperangan antara Islam dan Kristian.
Akhirnya
pada 15
Julai 1099, BaitulMaqdis jatuh ke tangan tentera Salib. Berlaku beberapa
peristiwa yang menyanyat hati dan di luar perikemanusiaan dalam sejarah tamadun
manusia. Tentera Salib telah menyembelih penduduk Islam lelaki, perempuan
malah kanak-kanak juga menjadi mangsa mereka. Keganasan tentera Salib yang
sangat melampau itu telah dikutuk oleh para saksi dan para sejarawan yang
terdiri daripada pelbagai latarbelakang agama dan bangsa. Orang-orang Islam
dipaksa terjun daripada puncak menara dan dari bumbung-bumbung rumah. ada yang
dibakar hidup-hidup, diheret daripada tempat persembuyian bawah tanah,
Bersambung...

Ulasan
Catat Ulasan